Kebanyakan kereta samada keluaran
tempatan ataupun import, menggunakan foam jenis Polyuretane (PU) bagi menampung
berat pemandu mahupun penumpang. Kegunaan cover adalah bagi mengikat foam PU
pada struktur frame disamping memberi persekitaran yang menarik didalam kereta
anda. Tanpa mengikat cover dengan kemas akan megakibatkan foam PU lama-kelamaan
akan tanggal ataupun "menggelebeh".
Bahan-bahan yang boleh digunakan
untuk seat cover:
1) Kain (Fabric)
- Knit
- Flat woven
2) Kulit (Leather)
- Genuine leather : Kulit Asli
- PU Leather : Kulit tiruan yang
seakan2 kulit asli.
3) PVC- (juga tergolong dalam kulit tiruan)
Perbezaan mengikut jenis bahan.
Kesan
Haba
|
Kesan
Kotoran
|
Relatif
Harga
|
|
Kain
(Fabric)
|
Paling kurang panas berbanding
kulit dan PVC
|
Mudah kotor
|
Sederhana
|
Kulit
(Leather)
|
Panas dan cepat sejuk
|
Kotoran mudah ditanggalkan.
|
Lebih Mahal
|
PVC
|
Panas dan lambat sejuk
|
Kotoran mudah ditanggalkan.
|
Lebih Murah
|
Cadangan cover bagi kereta:
1) Leather sangat sesuai untuk
kereta yang mempunyai kadar serapan haba yang rendah
walaupun diletakkan di
tempat yang panas. Atau dengan kata lain kereta yang bertinted.
2) Fabric: Sesuai untuk kereta biasa
yang mempunyai serapan haba yang agak tinggi.
Masalah mudah kotor dapat
diselesaikan dengan memcuci kotoran tersebut.
Caranya:
a) Campurkan cecair pencuci pinggan
dengan air dan goncangkan.
b) Tuangkan sedikit campuran pada
kain yang kesat seperti tuala ataupun sebagainya.
c) Gosokkan kain tersebut pada
kawasan yang terkena kotoran.
d) Bilas dan jemur ditempat yang
panas.
3) PVC: Sesuai untuk kereta biasa
atau mewah sebagai tambahan untuk menjimatkan kos,
Sebagai contoh
a) Fabric (main)+ PVC (booster)
lebih murah berbanding semuanya Fabric (main dan booster),
b) Leather (main)+ PVC(booster)
lebih murah berbanding semuanya Leather (main dan booster).